Friday, February 17, 2017

Hilang

Yup..aku hilang lagi...ni pun update dari handphone..entah apa la perangai malas ni...jangan tanya kenapa..aku pun tak ada jawapan..banyak nak cerita..banyak nak membebel but entah la..

Salute to blogger yang rajin up entry every day..kalau harap aku...tengok la last update 2014...nak masuk 3 tahun oiii..nasib ingat password bagai lagi..

Boleh tak entry ni nak mengeluh je???haila...haila...sigh...tolong doa bagi aku rajin sikit please...even aku rasa tak ada sape baca pun blog bersawang ni...sigh again....but tetiba ada azam nak menulis...nak buat buku.semua salah budak tomato kat twitter...aku terbaca blog dia..damn...now i want to write something..but thats all for today..hope esok2 aku muncul balik...adios...

Friday, October 31, 2014

perempuan

Perempuan tu makhluk paling kompleks aku rasa.sebenarnya kalau kau faham dia.tak susah mana pun.kau tengok perempuan tu lembut.jangan kau ingat dia tak bole tinggi suara suatu hari nanti.mungkin dia jenis simpan dalam.kau tengok perempuan tu lasak macam jantan.jangan kau ingat dia tak manja.zahir nya kau boleh sangka.tapi dalam hati tak.

Perempuan ni senang.kau kena rajin borak.bercerita dengan dia.jangan biar  dia rasa sunyi.ye..aku paham kaum adam susah nak bagi masa.antara kawan,bola,keluarga ,lepak dan awek.aku cerita apa yang aku lalui hari hari.bukan untuk simpati.tapi untuk kau lebih kenal siapa itu perempuan.
Bukan semua perempuan pandang harta.ye betul.lelaki ada harta tu bonus.tapi kalau dah tak da lelaki berharta,perempuan tu sanggup je susah payah sama sama.lelaki diuji tika dia senang.tapi perempuan di uji tika seorang lelaki susah.waktu ni kau tengok la dia sanggup hidup dengan kau yang tak ada benda yang bole di bangga kan.tapi bila kau curang.sampai kiamat pun dia akan ingat.

Aku pernah baca kisah lelaki yang habis kan duit untuk seorang perempuan.tapi perempuan tu tinggalkan dia.betul.ada perempuan macam tu.tapi cuba kau tengok perempuan lain yang habis kan duit asal kan pasangan dia bahagia sama sama.ada je kan perempuan baik.Cuma kau belum jumpa,macam aku.belum jumpa yang serasi.

Perempuan bila dia sakit.dia nak kau ada dengan dia.tak payah beli bunga.masa kau pun da cukup.tak payah ada depan mata.cukup whatsapp dan kol.tu pun dia da heppy sampai ke langit.cuba kau surprise kan dia.aku rasa roboh katil hospital tu.semua perempuan nak perhatian.hatta lelaki sekali pun.Cuma lelaki.ego.mana nak mengaku.

Perempuan ni walau dia cari lelaki baik mana pun.dia tetap nak lelaki yang sempoi.yang bole buat dia gelak.yang buat dia rasa tak rimas.ala.lelaki pun sama kan..nak cari girl yang sempoi.tak bising2 sebab kau nak keluar tengok bola.sebab aku tengok bola.so aku paham freedom tu.

Sekali sekala beli la benda dia nak.kau nak dia hidup dengan kau.tapi belum apa apa,kau da tunjuk kedekut kau.tapi jangan terlalu manja kan dia.kadang2 kena tegas.sebab perempuan bila Nampak kau ni lembik.tu yang dia makan diri kau balik.tapi jangan kau kasar dengan dia.tu punca dia akan kurang ajar dengan kau.berlembut la selagi kau mampu.tak kena duit pun kan.


Perempuan ni kadang kadang ade dua perangai.kau tak sedar.sekejap je dia boleh berubah.tu aku.but macam mana perempuan tu sekali pun.tu la pasangan kau.jangan aniaya dia.kau tak suka.pulangkan cara baik kat orang tua dia.sekurang kurang nya perempuan  lain tak keji kau sebab pukul bini.ok.da penat.chow

Tuesday, January 21, 2014

Try cari duit..

Salam people..saja try cari duit..mana la tau berkesan..tak kena modal pun..korang nak join pun tak de hal..promote link je kot..nah link dia.. http://stayreward.com/index.php?share=35191...rajin klik la..aku ada duit da dalam tu..tapi tak cukul syarat lagi nak withdraw...

Good luck kalau korang pun join jugak benda ni...

Sunday, December 15, 2013

I.L.Y

Salam people..lama tak update..banyak hal jadi..so malas nak layan sangat pun...

Tadi baru lepas cakap dengan gemokk..sape gemok??ala..budak tu laa..just doa kan jodoh aku dengan si gemok ni...dia tengah exam...so malas nak kacau lebih..tapi dah berapa hari dia diam..so kol dia kejap...so far dia ok...

Setahun lagi eh mok??ermm..lama nya...azab nak tunggu pakcik ni habis study dia tu..tak jadi engineer jugak aku tak tau la...kuat kan lah aku...setahun tu lama oiii..macam2 boleh jadi...

Ok la..lebiu mok...

Wednesday, November 27, 2013

Magrib view from avillion port dickson

Salam people..hari ni aku dah masuk keje balik macam biasa setelah 2 hari cuti...bajet je...padahal pergi avillion kat pd nun je..macam jauh kann...sebab kan aku update pakai hp je..so tak tau nak letak gambar macam mana..aku try letak satu la dulu..

Ni view time maghrib..dalam 7.30 macam tu..lepas solat aku lepak kat balcony..sekali nampak view memang cun gilerr..kelam kabut amek hp snap...ni original ok..tak da nak edit2..aku pun bukan reti nak edit2 ni...huhu..

Cun kan...awan kaler pepel..ko pernah tengok..kot la photographer selalu nampak...aku yang jakun tak pernah tengok...haha..ok la..enjoyss..

Wednesday, November 20, 2013

Holiday

Salam people..kepada budak2 yang cuti sekolah tu..tak payah nak enjoy sangat la sebab korang tengah holiday kan...*akujeles*....huwaa..kenapa kena kerja..why..huhu.sedih..

Sempena cuti sekolah yang sebulan lebih ni..rancang la aktiviti yang sesuai untuk anak2 Anda..jangan nak besar kan perut je kerja nya..haha..tiap kali cuti sekolah...orang yang paling excited ialah mak aku..dia kan teacher..mula la nak berjalan kerja nya..so tiap2 tahun kitorang akan pergi holiday mana2 la...satu family pergi..so tahun ni tak berjalan jauh lagi..rancang la macam2 tempat..survey2..last2 port dickson je..sedih...

Ok la.mula2 nak ke grand lexis..hotel yang atas air tu..sebab nak private swimming pool..sekali harga semalam 1k u..macam membazir je..so ayah aku cakap dia ada survey lagi satu hotel atas air..avillion..beza tak ada pool private je..tapi pantai cantik dan boleh mandi..ok..mari ke avillion..hujung minggu ni insyaallah bertolak..bajet macam jauh je..huhu..

Nanti kalau aku rajin aku comment pasal avillion tu..hope tak la hujan sebab aku nak tengok matahari terbenam..kalau hujan..alamat nya wassalam la nak tengok..

Kat ofis agak huru hara sebab order banyak masuk..semua rushing..nasib ni aku free..baru teringat nak update kat blog...macam lama je tak update kan.poyoss...

Ok la..semoga cuti sekolah yang tak berapa panjang ni korang guna untuk benda berfaedah..choww people..

P/s: perasan tak..cuti sekolah dulu kan lagi panjang dari sekarang..dulu 2 bulan tau..sekarang sikit je..kesian korang kan..haha

Thursday, November 14, 2013

Fitnah itu

Salam people..aku dah tua..huwaa..sadis..hehe..macam mana nak mula eh...ok..aku paham dalam dunia ni..tak semua akan suka kita..tapi bila kita tak ada buat salah..tak usik orang...dan fitnah yang tak masuk akal datang..aku macam..ehh...ingat dalam drama je macam ni..rupa nya..realiti pun ada...haiiilahhh...

Aku memang tak sangka dekat tempat kerja sekarang aku akan rasa macam ni...sebab dulu tempat lama semua sayang aku..jaga aku..rasa best sangat.tapi kat sini..ermm..sedih bila kita kerja nak cari rezeki halal..orang lain sibuk tabur fitnah...hasad dengki..bagi tau semua yang aku ni konon nye jahat nak mampuss..padahal fitnah yang dia reka tu aku tak buat pun..sekali aku boleh sabar..ni kali kedua...entah la
.

Kalau la aku ni bakal isteri mana2 sultan..memang nasib ko la perempuan..aku dah lama saman malu sebab buat fitnah dekat aku...huhu..malang nya aku ni orang biasa..tak mampu nak upah peguam pun...bila aku dengar budak lain cerita tadi...benda pertama keluar dari mulut aku..allah..allah..allah..tu je mampu..air mata nak menitik..tahan..sebab pikir kat tempat kerja..apa masalah dia pun aku tak tau..

Ya allah..aku tak mampu nak balas balik semua fitnah tu..aku cuma berharap..aku dapat bertahan sampai bila2...beri aku kekuatan ya allah....tunjuk kan lah siapa dia yang sebenar...itu je aku harap sekarang ni...aminnn..wish me luck people...